Terma & Syarat

Kemas kini terakhir: 16 Ogos 2026

1. Penggunaan. Seruan disediakan untuk kegunaan peribadi sebagai paparan waktu solat dan jam azan digital. Waktu solat adalah berdasarkan data zon rasmi e-Solat JAKIM; sila rujuk pihak berkuasa agama untuk kepastian.

2. Seruan Pro. Langganan Bulanan (1 bulan) dan Tahunan (1 tahun) diperbaharui secara automatik melainkan dibatalkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tempoh semasa tamat. Bayaran dicaj kepada akaun App Store atau Google Play anda. Urus atau batalkan langganan pada bila-bila masa dalam tetapan akaun store anda. Pembelian Seumur Hidup adalah bayaran sekali dan tidak diperbaharui.

3. Kandungan audio. Laungan azan dan trek zikir/selawat dalam app adalah untuk kegunaan dalam app sahaja dan tidak boleh diekstrak atau diedarkan semula. Trek zikir dan selawat dijana menggunakan suara AI di bawah lesen komersial.

4. Penafian. App disediakan "seadanya". Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat pergantungan pada paparan waktu atau kegagalan peranti, termasuk azan yang tidak berbunyi kerana tetapan peranti (contohnya mod senyap atau penjimatan bateri).

5. Terma Apple. Bagi pengguna iOS, Terma Penggunaan standard Apple (EULA) turut terpakai: https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/dev/stdeula/

Hubungi kami: hello@waktusolat.co